SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, October 11, 2009

Perkara Yang Patut Anda Tahu


1. Apakah itu E.M.R?

E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

2. Apakah Perbezaan Antara Gelombang Radio Dan Gelombang Mikro?

Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga ke 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

3. Apakah Telefon Bimbit Membahayakan?

Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro epikteliun dikalangan pengguna telefon bimbit. Dalam tahun 2004, satu kajian tehadap 750 orang yg dilaksanakan oleh karolinska institut di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan keatas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

4. Apakah Kesan-kesan Bahaya Daripada Penggunaan Telefon Bimbit Yang Terlalu Kerap?

Ramai pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjanakan haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja 16 tahun, saintis Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...