SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, October 11, 2009

Larangan Penggunaan Telefon Bimbit Di Eropah

Kebanyakkan negara telah mengambil tindakan secara rasmi untuk melindungi kanak-kanak dan remaja.


Akademi Jerman bahagian Pediatrik telah mengingatkan ibu bapa untuk menghadkan penggunaan telefon bimbit di kalangan kanak-kanak.


Biro Radiasi Rusia telah menasihatkan wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 16 tahun supaya mengelakkan penggunaan telefon bimbit bersama.


Pegawai Parlimen Kesihatan di Great Britain telah 2 kali menasihatkan pihak industri wireless tempatan untuk menghentikan daripada mempromosikan penggunaan telefon bimbit pada kanak-kanak dan secara umumnya tidak menggalakkan kanak-kanak daripada menggunakan telefon bimbit untuk panggilan yang tidak penting.


Kementerian Kesihatan Negara Scandinavia (Norway, Sweden & Denmark) telah mensyorkan semua pengguna terutama kanak-kanak perlu menggunakan apa sahaja kemungkinan cara untuk mengurangkan pendedahan mereka kepada pengeluaran radiasi telefon bimbit.

Kementerian Kesihatan di Israel dan Austria berterusan mengingatkan bahawa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun dilarang mengunakan telefon bimbit sama sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...