SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, October 11, 2009

Bahaya Radiasi Telefon Bimbit

HP merupakan kemudahan era moden dlm masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari. Daripada gelombang mikro hinggalah sinar x, kita sentiasa dikelilingi gelombang EMF (sinaran elektromagnet).


"Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran HP blh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak", menurut Dr. George Carla, Pengasas Safe Wireless Initiative.


Adakah HP Selamat????


1. HP "Merosakkan Sel-sel Darah" - Sinaran HP boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan kuasa tekanan sesama mereka, kata saintis.

2. HP "Mengubah DNA Manusia" - Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada HP boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA. (sumber dari BBC News)

3. HP "Boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma" - Jika HP disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinic. (sumber dari CNN)

4. Kajian: Radiasi dr HP "Merosakkan Daya Ingatan" - Pendedahan kepada sinaran HP memburukkan ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
Ini dibuktikan melalui satu ujikaji Seorang rakyat Sweden mengkaji kesan HP terhadap kerosakan pada otak tikus. Pengkaji meletakkan telefon bimbit pada sebelah kandang tikus dan mencipta pendedahan tidak berterusan iaitu sekejap ada sekejap tiada sama seperti penggunaan manusia selama 2 jam pendedahan. 50 hari selepas tikus terdedah selama 2 jam, otak tikus menunjukkan saluran darah pecah dan mengecut serta kerosakkan pada neuron seperti rajah di bawah.


5. Kesan Radiasi HP, "Tumor Otak dan Kanak-kanak" - Dlm meta-analisis yg diterbitkan dalam isu Mei 2008 Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan HP.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...