SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG

Sunday, October 11, 2009

BioN Cerastone di Bulan Ramadhan & Syawal








Fungsi Dan Kelebihan BioN Cerastone

1. Mengawal pengaliran darah dan menyeimbangi pelbagai sistem tubuh
- Sesuai untuk masalah Migrain, Penyakit Jantung, Darah Tinggi, Darah Rendah, dan masalah berkenaan kardiovaskular
- Membantu mengatasi gangguan pencernaan, susah tidor, asthma, bronkhitis, mengatasi sinusitis
dan meningkatkan kemampuan seks


2. Memperkuatkan sistem imun badan kita yang dapat membantu di dalam :
- Melambatkan proses penuaan
- Meningkatkan keupayaan menentang penyakit


3. Mengurangkan kebengkakan, kesakitan (misalnya otot), kekejangan dan kelenguhan pada bahu dan punggung.


4. Mengurangkan keasidan di dalam badan


5. Menyingkirkan bahan kimia dan toksin yang lebih cekap
- Membantu menghilangkan bau badan dengan mengurangkan keasidan badan.


6. Membekalkan kadar metabolisme yang baik untuk menbekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang dapat dihasilkan adalah 3 kali ganda daripada tenaga sebenar seseorang itu.


7. Meningkatkan kandungan oksigen di dalam darah.


8. Membakar dan menyingkirkan lemak.

Bagaimana BioN Cerastone Dihasilkan?

BioN Cerastone terhasil daripada kombinasi 26 jenis seramik yang di panaskan suhunya sehingga 1600 darjah celcious. Kemudian dibiarkan sejuk di dalam acuan untuk menghasilkan bentuk seramik yang menarik.

Selepas beberapa tahun penyelidikan telah dibuat oleh para saintis, mereka telah berjaya menggabungkan seramik (tanah liat) yang terpilih dengan metal yang berkualiti dan berteknologi tinggi untuk menghasilkan 'Ceramic Powder'. Di dalam keadaan suhu biasa, seramik ini dapat menghasilkan 'Far Infra Red' yang dapat menyerap kedalam sel-sel badan manusia dan meningkatkan kekuatan dan kesihatan badan.

Antara elemen metal yang digunakan ialah zirconium, aluminium, zinc, titanium dan antimony di gabungkan dengan seramik seperti granite, silica, radium, zeolite, serpentine dan tourmaline.

Apakah ION NEGATIF?


Tenaga Ion Negatif merupakan atom oksigen yang mempunyai lebihan elektron yang membuatkan anda merasa selesa. Ion Negatif terbentuk hasil daripada molekul air yang berpecah disebabkan oleh pancaran matahari, radiasi dan pergerakan udara dan air.

Tahukah anda Ion Negatif amat banyak di kawasan air terjun?

Apakah kelebihan Tenaga Ion Negatif Untuk Kesihatan Manusia?

1 - Meningkatkan sistem pertahanan badan manusia daripada penyakit.
2 - Meningkatkan peredaran oksigen di dalam otak manusia menghasilkan kekuatan minda manusia dan
mengurangkan sensitif dan meningkatkan responsive.
3 - Membersihkan darah.
4 - Mengembalikan kekuatan sel
5 - Mengawal dan menambah baik pengawalan 'Nerve'

Apakah Sinaran Far Infra Red (FIR)?


FIR ialah singkatan kepada 'FAR INFRA RED' ataupun Sinaran Infra Merah Jauh . Ia adalah sebahagian daripada spektrum cahaya matahari yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Ia juga di kenali sebagai Sinaran Biogenetik (bersaiz diantara 6-14mikron).Sinaran Biogenetik telah dibuktikan secara saintifik dapat membantu di dalam pertumbuhan sel hidup yang sihat khususnya bagi tumbuhan, haiwan dan manusia. Sinaran ini juga boleh menembusi ke dalam tubuh manusia dan mengaktifkan bahagian fungsi badan.

FIR menyerap ke badan manusia melalui Penyerapan Resonan. Apabila ia bertemu air dan protein didalam badan manusia, ia akan mengetarkan sel-sel kepada 2000 kali per minit. Resonan FIR menyebabkan toksin disingkirkan daripada tisu badan manusia.

Dari Mana Datangnya Tenaga FIR?

Tenaga FIR dipancarkan daripada sinaran suria, makhluk hidup, tumbuhan, tanah dan mineral. Tahukah anda? Malah badan manusia juga memancarkan sinaran ini. Sebenarnya tenaga yang dipancarkan daripada badan kita boleh memberikan gambaran yang baik tentang tahap kesihatan manusia itu.

3 Kebaikan Utama Tenaga FIR?

1 . Melancarkan peredaran darah di dalam badan manusia dan menstabilkan sistem di dalam badan
manusia
2. Mengekalkan kadar metabolisme pada tahap yang optimum dan menghasilkan tenaga 3 kali ganda.
3. Meningkatkan tahap imunisasi badan manusia.
- Melambatkan proses penuaan.
- Meningkatkan tahap pertahanan badan manusia.
- Panjang Umur.


Keputusan Ujian THERMOGRAPHY


Apakah TENAGA SKALAR?

Tenaga SCALAR merupakan Ruang Tenaga yang boleh berkembang dan memenuhi ruang. Gelombang ini di kenali sebagai 'Longitudinal Electromagnetism' dan wujud di dalam ruang 5 dimensi.

Tahukah anda setiap sel pada badan manusia merupakan bateri mini yang menghasilkan cas pada 70-90 milivolts ketika manusia sihat?

Apakah kelebihan Tenaga SCALAR Untuk Kesihatan Manusia?

1 - Meningkatkan tenaga setiap sel pada badan manusia kepada nilai cas ideal 70-90 milivolts.
2 - Meningkatkan tenaga manusia secara keseluruhan.
3 - Meningkatkan sistem imun badan manusia
4 - Meningkatkan fokus minda dengan meningkatnya aplitud frekuensi EEG.
5 - Anti Penuaan.
6 - Meningkatkan kreativiti minda, fizikal, emosi dan spiritual.
7 - Meningkatkan dan menambah baik fungsi otak.
8 - Melindungi manusia daripada gangguan frekuensi luaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...